Belia adalah tonggak masa depan negara dan aset penting untuk pembangunan negara. Initiatif “Belia Untuk Masa Depan” merupakan satu perancangan yang akan dilaksanakan dalam tempoh panjang untuk membangunkan belia dan anak muda di Pulau Pinang dan menyediakan belia kita untuk menghadapi cabaran masa depan mereka serta menyumbang kepada pembangunan negara.
Pelaksanaan “Belia Untuk Masa Depan” akan bekerjasama dengan sektor yang berlainan seperti agensi-agensi kerajaan, insitusi pendidkan, NGO dan pihak swasta supaya dapat mencapai objektif initiatif ini dengan lebih efektif. Initiatif “Belia Untuk Masa Depan” telah dilancarkan pada bulan November 2019.
Dalam inisiatif pembangunan belia “Youth For Future” “Belia Untuk Masa Depan” akan fokus dalam tiga (3) segi utama:
– Segi pertama iaitu segi pembangunan diri belia
– Segi Kedua, iaitu segi sosial
– Segi Ketiga, iaitu segi ekonomi
Inisiatif ini dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah MMK Belia dan Sukan bagi membangunkan anak muda di Pulau Pinang dan menyiapkan diri mereka agar menghadapi cabaran masa depan mereka serta menyumbang kepada pembangunan negara.
PEMBANGUNAN DIRI
PEMBANGUNAN SOSIAL
PEMBANGUNAN EKONOMI
Pejabat MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
Alamat :
Tingkat 53, KOMTAR, 10503 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.