Pembangunan Diri

  1. E-Sukan (E-Sport)

Untuk mencungkil bakat digital muda Pulau Pinang, PYDC bersama Persatuan Sukan Elektronik Negeri Pulau Pinang berusaha menyediakan platform untuk pemain e-sukan. Terdapat beberapa kejohanan FIFA Online, PUBG & DOTA 2 telah diadakan sejak tahun 2021. Para peminat boleh menjangka lebih banyak lagi kejohanan akan diadakan pada masa datang untuk menunjuk kemahiran anda dan bersaing dengan peminat lain.

  1. Belia Berirama (Youth With Rhythm)

Pembangunan belia secara holistik amatlah penting. Jadi, belia kita haruslah meningkatkan keupayaan diri sendiri dari pelbagai aspek dan pembangunan muzikal adalah salah satu daripadanya. Belia amatlah digalakkan untuk mengekspresikan diri mereka melalui muzik, deklamasi sajak, mahupun tarian.

  1. Penulisan Lajur (Column Writing)

Penulisan lajur dengan pelbagai tema telah dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam kalangan belia. Dengan pelaksanaan program ini, kesedaran sosial dalam kalangan belia dapat ditingkatkan dan secara tidak langsung dapat melatih golongan belia dalam menghuraikan pendapat mereka secara rasional dari pelbaai perspektif.

  1. Kanvas Kosong (Blank Canvas)

Kanvas kosong adalah satu inisiatif untuk artis tempatan dan belia berhubung dengan masyarakat setempat secara interaktif melalui hasil karya seni mural.

  • Seni Mural di Taman Riang

Tema seni mural di Taman Riang ini dipilih berdasarkan pemandangan yang terdapat di taman tersebut. Seni mural yang bertemakan Bunga Matahari yang penuh dengan keceriaan, kedamaian dan kehijauan ini telah berjaya disiapkan dengan kerjasama Sukarelawan Belia Pulau Pinang dan artis, Puan Hunny Ooi dan Encik Dylan Teoh.

  • Seni Mural Penanti Lawan Dadah di Pusat Belia KADUN Penanti

Seni Mural Penanti Lawan Dadah di Dewan Badminton Taman Guar Perahu ini dilaksanakan dengan kerjasama Sukarelawan Belia Pulau Pinang, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Pulau Pinang, Pusat Khidmat ADUN Penanti, dan artis, Encik Mukhalip bin Jamil. Seni mural ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya dadah dan juga untuk mempromosikan gaya hidup sihat kepada golongan belia.

  • Seni Mural Kempen Umur 18 Jadi Calon di Taman Dahlia

Logo Umur 18 Jadi Calon telah dilukiskan sebagai seni mural dengan kerjasama Sukarelawan Belia Pulau Pinang dan Youth Care Malaysia. Seni mural ini diadakan untuk merangsangkan semangat anak muda dalam aktiviti kesukarelawanan dan dalam masa yang sama menyebarkan kesedaran tentang Umur 18 Jadi Calon dalam kalangan belia.

  1. Pertandingan Filem Pendek (Into The Lens: Short Film Competition)

Pertandingan Filem Pendek “Into the Lens: Short Film Competition” telah dianjurkan untuk mencetuskan pemikiran kritikal dan kreatif belia Pulau Pinang. PYDC berharap inisiatif ini dapat membantu golongan belia untuk menceburkan diri dalam industri perfileman di Malaysia.

Pertandingan ini bukan sahaja memberi fokus dalam aspek daya kreativiti belia, tetapi ia juga memfokuskan aspek teknikal sepertil teknik penggunaan audio dalam penerbitan video mereka untuk mempengaruhi emosi penonton.  

  1. Kisah Usahawan Muda (Tales of Entrepreneurs)

Kisah Usahawan Muda adalah satu platform yang bertujuan untuk membantu usahawan belia terus berkembang. ToE juga merupakan satu platform dimana mereka dapat berkongsi cerita mereka agar dapat memberi inspirasi keapda belia lain.

  1. Kerjasama Dengan Institusi Pengajian Tinggi (MoU Signing Ceremony)

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama institusi penggajian tinggi dilaksanakan untuk mengeratkan hubungan, meneguhkan dan menggalakkan lagi penyertaan belia dalam aktiviti kesukarelawanan, peluang pekerjaan untuk belia dan juga kolaborasi dalam aktiviti keusahawanan. Dengan adanya MoU ini, PYDC dan pihak institusi pengajian tinggi akan dapat berkongsi sumber yang ada untuk memartabatkan lagi belia kita secara holistik.

Persefahaman antara PYDC dan institusi pengajian tinggi ini diharap dapat memberi tunjuk ajar yang lebih mendalam kepada para belia tentang kepentingan kemahiran teknikal dan juga kemahiran insaniah dalam kehidupan bekerjaya kelak.

  1. Cabaran Keusahawanan Belia (Youth Entrepreneurship Challenge)

Cabaran Keusahawanan Belia (YEC) dianjurkan untuk memperkasakan golongan belia Pulau Pinang dalam bidang keusahawanan, memupuk minat dan bakat keusahawanan dalam kalangan mereka, disamping menyediakan sebuah platform kepada bakal usahawan untuk berkongsi idea-idea yang inovatif serta kreatif.

Cabaran Keusahawanan Belia terdiri daripada tiga aspek, (1) Bengkel Penyediaan Perniagaan; (2) Cabaran Keusahawanan Belia; dan (3) Penang Start-Up Accelerator Program. Walaupun inisiatif ini terdiri daripada tiga aspek, tetapi peserta boleh memilih untuk menyertai hanya satu aspek atau ketiga-tiganya sekali.

(1) Bengkel Penyediaan Perniagaan

Untuk menyediakan dan melengkapkan belia kita untuk memulakan syarikat permulaan (start-up), bengkel penyediaan perniagaan telah dilaksanakan. Bengkel ini memberi pendedahan kepada para belia tentang aspek-aspek utama bidang perniagaan dan telah dijalankan oleh penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang keusahawanan.

(2) Cabaran Keusahawanan Belia

Setelah bengkel penyediaan perniagaan dilaksanakan, satu inisiatif dimana para belia boleh memasuki pertandingan untuk menyediakan kertas cadangan perniagaan dilakukan. Semua pelan perniagaan yang dihantar akan disemak dan dinilai oleh panel juri yang terdiri dari ahli profesional industri. Bukan sahaja mereka yang mengikuti bengkel penyediaan perniagaan digalakkan untuk memasuki YEC, bahkan yang tidak ikut menyertai bengkel juga boleh memasuki pertandingan ini.

(3) Penang Start-Up Accelerator Program

Untuk memastikan perjalanan belia yang telah mengikuti YEC dan juga belia yang berminat dalam bidang keusahawanan berterusan, satu program untuk menyediakan landasan kepada syarikat permulaan telah dilaksanakan. Penyertaaan tidak terhad kepada mereka yang pernah menyertai YEC sahaja, tetapi turut terbuka kepada mereka yang berminat untuk memulakan syarikat permulaan atau sudahpun mempunyai syarikat permulaan.

  1. We Want You

Portal Kerjaya “We Want You” telah dilancarkan pada Jun 2020 sebagai portal carian kerjaya kepada anak-anak muda Pulau Pinang bagi mengurangkan kadar pengangguran belia di negeri ini.

Dengan adanya portal tersebut, belia dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan, pengalaman, kemahiran, bakat dan juga kehendak mereka. Portal ini juga menawarkan pengiklanan peluang pekerjaan secara percuma kepada syarikat dan majikan yang mendaftar.

Antara usaha lain yang telah dilakukan di bawah inisiatif ini adalah berkolaborasi dengan pihak industri untuk mengurangkan kadar pengangguran belia dengan menganjurkan hari atau pameran kerjaya.