Rancangan MMK Belia dan Sukan dan Perbadanan Pembagunan Belia Pulau Pinang (PYDC) adalah untuk mewujudkan 40 Pusat Belia di Negeri Pulau Pinang di setiap satu KADUN. Pusat Belia ini adalah bertujuan untuk membekalkan satu ruang kepada komuniti belia setempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada golongan belia serta masyarakat. Inisiatif ini juga adalah untuk memastikan proses pembangunan belia di setiap pelosok negeri Pulau Pinang terutamanya belia di kawasan luar bandar dapat berjalan sejajar dengan hasrat ‘Belia Untuk Masa Depan.
Objektif :
Rancangan MMK Belia dan Sukan dan Perbadanan Pembagunan Belia Pulau Pinang (PYDC) adalah untuk mewujudkan 40 Pusat Belia di Negeri Pulau Pinang di setiap satu KADUN. Pusat Belia ini adalah bertujuan untuk membekalkan satu ruang kepada komuniti belia setempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada golongan belia serta masyarakat. Inisiatif ini juga adalah untuk memastikan proses pembangunan belia di setiap pelosok negeri Pulau Pinang terutamanya belia di kawasan luar bandar dapat berjalan sejajar dengan hasrat ‘Belia Untuk Masa Depan.
Objektif :
Pusat Belia telah dirasmikan:
1. Pusat Belia Penaga
Pusat Belia Penaga merupakan pusat belia yang pertama dirasmikan oleh Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) pada 11 April 2021. Satu Karnival Mini sempena Perasmian Pusat Belia Penaga telah diadakan dengan kerjasama MPKK Guar Kepah.
2. Pusat Belia Balik Pulau
3. Pusat Belia Bertam
Pusat Belia Bertam yang terletak di KADUN Bertam ini merupakan pusat belia yang ketiga dirasmikan oleh Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) pada 27 Ogos 2021. Kerjasama dengan MPKK Pongsu Seribu.
4. Pusat Belia Penanti
Perasmian Pusat Belia Penanti telah diadakan sempena dengan Karnival Jom Kerja Penanti yang telah dilakukan di Dewan Pintar/Serbaguna Taman Guar Perahu pada 27 November 2021. Pusat Belia Penanti merupakan pusat belia yang keempat dirasmikan oleh Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Penanti.
5. Pusat Belia Bagan Jermal
Pusat Belia Bagan Jermal telah dirasmikan pada 6 Mac 2022. Terletak di KADUN Bagan Jermal ini merupakan pusat belia yang kelima dirasmikan oleh Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC). Dewan ini dikawalselia oleh JPWK KADUN Bagan Jermal.
6. Pusat Belia Sungai Pinang
Pusat Belia Sungai Pinang yang terletak di KADUN Sungai Pinang ini merupakan pusat belia yang keenam dirasmikan oleh Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) pada 19 Mac 2022. Kerjasama dengan MPKK Kampung Maqbul.
7. Pusat Belia Batu Kawan
Pusat Belia Batu Kawan yang terletak di Parlimen Batu Kawan merupakan pusat belia yang ketujuh dirasmikan oleh Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) pada 29 Mei 2022. Kerjasama dengan pihak Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang.
1. Pusat Belia Pulau Betong
Pusat Belia Pulau Betong yang terletak di KADUN Pulau Betong ini merupakan antara pusat belia yang sedang dalam perancangan untuk perasmian. Kerjasama dengan pihak MPKK Titi Teras dan MPKK Air Putih. Tarikh cadangan adalah 18 Jun 2022.
2. Pusat Belia Seberang Jaya
Pusat Belia Seberang Jaya yang terletak di KADUN Seberang Jaya ini merupakan antara pusat belia yang sedang dalam perancangan untuk perasmian. Kerjasama dengan pihak MPKK Jalan Sembilang. Tarikh cadangan adalah 2 Julai 2022.
3. Pusat Belia Bukit Bendera
Pusat Belia Bukit Bendera yang terletak di KADUN Kebun Bunga ini merupakan antara pusat belia yang sedang dalam perancangan untuk perasmian. Kerjasama dengan pihak MPKK Ladang Lada dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Bendera. Tarikh cadangan adalah 27 Ogos 2022.
Pejabat MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
Alamat :
Tingkat 53, KOMTAR, 10503 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.