Belia adalah tonggak masa depan negara dan aset penting untuk pembangunan negara. Initiatif “Belia Untuk Masa Depan” merupakan satu perancangan yang akan dilaksanakan dalam tempoh panjang untuk membangunkan belia dan anak muda di Pulau Pinang dan menyediakan belia kita untuk menghadapi cabaran masa depan mereka serta menyumbang kepada pembangunan negara.
Pelaksanaan “Belia Untuk Masa Depan” akan bekerjasama dengan sektor yang berlainan seperti agensi-agensi kerajaan, insitusi pendidkan, NGO dan pihak swasta supaya dapat mencapai objektif initiatif ini dengan lebih efektif. Initiatif “Belia Untuk Masa Depan” telah dilancarkan pada bulan November 2019.
Dalam inisiatif pembangunan belia “Youth For Future” “Belia Untuk Masa Depan” akan fokus dalam tiga (3) segi utama:
Objektif :
Definisi :
“Belia Untuk Masa Depan” (Youth For Future) adalah satu inisiatif yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan untuk membangunkan belia kita dalam menghadapi cabaran masa depan mereka serta menyumbang kepada pembangunan negara. Di bawah inisiatif ini, terdapat tiga aspek yang difokuskan iaitu:
(1) Pembanguna Ekonomi;
(2) Pembagunan Sosial; dan
(3) Pembagunan Diri.
Salam sejahtera dan salam belia untuk masa depan,
Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan telah melancarkan inisiatif ‘Belia Untuk Masa Depan’ untuk menggerakkan pembangunan belia di negeri Pulau Pinang dari segi pembangunan diri, sosial dan ekonomi.
Meskipun kita masih berhadapan dengan pandemik Covid-19, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) masih bertekad untuk terus melonjakkan pembangunan belia seiring dengan inisiatif ‘Belia Untuk Masa Depan’ agar aspek pembangunan golongan ini tidak dipinggirkan. Dalam pada itu, pihak kerajaan negeri telah memberikan komitmen penuh untuk melaksanakan pelbagai program dalam tempoh ini secara menyeluruh agar manfaatnya dapat dinikmati oleh setiap pemudapemudi di negeri ini.
Inisiatif yang dilancarkan ini juga adalah selari dengan Visi Penang2030 yang digagaskan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Salah satu tema strategik Penang 2030 yang ditegaskan adalah ‘Boost participation of youth, women and seniors in community life’. Pelbagai program telah berjaya dianjurkan oleh PYDC bagi mengusahakan inisiatif untuk menggalakkan penglibatan belia dalam kesukarelawanan (Volunteerism) dan pemerkasaan komuniti (community empowerment). Ini termasuklah Sukarelawan Belia Pulau Pinang, Kempen Undi18, Kempen Umur18 Jadi Calon, Sidang Muda dan ‘Youth Entrepreneurship Challenge’.
Sesungguhnya, belia merupakan asas kemajuan sebuah negara dan usaha-usaha untuk membangunkan golongan belia haruslah diperkukuhkan demi membina masyarakat ataupun pemimpin negara yang konstruktif untuk masa kelak.
Sekian, terima kasih.
Salam Sejahtera.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan bersama dengan Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) atas komitmen serta kerjasama erat dalam memastikan kejayaan penerbitan buku “Buletin
Belia Untuk Masa Depan”.
Selaras dengan hasrat dan matlamat Visi Penang2030 – Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara, cetakan dan edaran buku ini kelak sudah pasti akan menjadi platform yang terbaik untuk rujukan dan nilai tambah kepada ilmu pengetahuan sedia ada terutamanya dalam usaha kita untuk melahirkan golongan belia yang berwibawa, dinamik dan progresif.
Melalui pelbagai inisiatif dan program yang dilaksanakan termasuklah tiga (3) aspek yang diberikan penekanan seperti Pembagunan Diri, Pembagunan Sosial dan Pembagunan Ekonomi, adalah diharapkan agar golongan belia Pulau Pinang dapat menerokai minat dan mengembangkan bakat sedia ada.
Kerajaan Negeri mengulangi pendirian dan komitmen kita untuk terus memastikan agenda pembangunan belia di Pulau Pinang ini bergerak seiring dengan sasaran kita untuk membangunkan generasi harapan negara ini secara holistik dan mampu bersaing pada peringkat global.
Sekian, terima kasih
Pusat Belia
Projek Pusat Belia merupakan satu rancangan MMK Belia dan Sukan bersama PYDC untuk mewujudkan 40 buah Pusat Belia di Negeri Pulau Pinang dimana 1 Pusat Belia akan diwujudkan di setiap KADUN.
Objektif mewujudkan pusat belia adalah untuk:
(1) Merangsang penglibatan belia dalam program-program dan aktiviti-aktiviti komuniti
(2) Membekalkan satu ruang aktiviti untuk para belia bagi berinteraksi dan berkongsi idea-idea kreatif serta
(3) Menggalakkan penganjuran program belia di Kawasan tersebut.
Pusat Belia telah dirasmikan:
1. Penaga
– Alamat: Kampung Lahar Minyak, Pusat Belia Penaga,13100, Pulau Pinang.
2. Bagan Jermal
-Alamat 26, Medan Melur Selatan, Taman Sin Tat, 12300 Butterworth, Pulau Pinang
3. Sungai Pinang
– Alamat: Jalan Maqbul, 10000 George Town, Pulau Pinang
4. Bertam
– Alamat: Alamat: No.135, Taman Orkid Pongsu Seribu, 13200, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
5. Balik Pulau
– Alamat : Alamat:Dewan MPKK Kuala Jalan Bharu, Kuala Jalan Bharu, 11000, Balik Pulau.
6. Penanti
– Alamat : Alamat: Dewan Serbaguna Taman Guar Perahu, Taman Guar Perahu, 14400 Kubang Semang, Penang.
Pusat Belia Dalam Proses
Seberang Jaya, Batu Kawan Pulau Betong, Bukit Bendera