Jom Kita Mengundi

Golongan muda berumur 18 tahun telah boleh mengundi kerana pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik. Perubahan ini sejak tahun lalu menunjukkan negara kita telah bersedia untuk mencontohi demokrasi negara maju dan negara membangun yang lain.

Ramai percaya umur 18 tahun ini diiktiraf sebagai cukup dewasa dan boleh membuat keputusan. Hal ini dikatakan kerana, mereka matang dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara melalui pilihan raya. Menurut statistik daripada Suruhanjaya Pilihan Raya setakat 15 Sepmteber 2022, sebanyak 301,005 pengundi di negeri Pulau Pinang adalah berumur 18 hingga 29 tahun. Hal ini bermakna golongan belia menduduki lebih satu suku daripada pengundi Pulau Pinang yang berjumlah 1,227,483.

Justeru, penurunan umur minimum mengundi dan bertanding sebagai ahli dewan rakyat dilihat mampu memberi lebih masa kepada golongan muda mendekati dan mendalami arena politik dan kepimpinan negara. Undi18 dapat membantu meningkatkan kadar mengundi kerana umur populasi mengundi semakin meningkat. Hal ini dapat menjamin pilihan raya yang adil dan saksama. Akhir sekali, para belia perlu sendiri sedar bahawa landskap politik negara negara tanpa hanya bergantung kepada inisiatif kerajaan.

Untuk maklumat lanjut tentang Undi18 dan Pilihan Raya Umum Ke-15, sila layari https://pydc.com.my/en/undi18/